Pernahkah kita mengalami hari yang malang? Apa yang terjadi sama sekali berbeza jauh dengan yang kita rencanakan. Kita sudah sangat hati-hati menyiapkan presentation yang sempurna hingga larut malam. Tapi oleh kerana kita terlambat bangun, laptop rosak, tiada elektrik. Kita terlewat masuk kuliah atau pejabat. Tersilap masuk dewan kuliah yang lain. Bahkan presentation yang dibuat sempurna kita tertinggal di rumah. Dapat marah pula dari bos / pensyarah. Perfect day for crying.
Apa yang kita akan lakukan pada akhirnya? Menangis? Marah? Memberontak? Pasti. Dah tu apa yang akan terjadi seterusnya? Selain daripada kita akan merasa menjadi makhluk paling menderita di dunia. Tidak ada yang peduli dengan kita. Lonely
Kalau mahu marah, boleh. Mahu menangis, boleh. Mahu memberontak juga, boleh. Tapi tidak boleh lama-lama ye. Segeralah berwudhu dan perbanyak istighfar. Senyum dan tertawalah.
Gilakah? Tidak! saya hanya ingin mengajak untuk berbahagia. Hiburlah hatimu yang terluka, bahagiakan ketika hatimu sedang sedih. Kalau bukan Allah dan dirimu sendiri yang membuatmu bahagia, siapa lagi? Allah tidak akan menguji kita di luar kesanggupan kita (QS 2: 286) dan Allah bersama orang-orang yang sabar.
Tertawalah dan maafkan kesalahan diri sendiri. Hidup kita seperti buku. Jika halaman-halaman yang di depan sudah ada coretan yang tidak baik maka kita masih punya banyak halaman di belakang yang masih putih. Masa depan kita masih suci, bersih. Jadi, jangan tunda kebahagiaan kita di masa depan hanya kerana kesalahan kita di masa lalu.
Itu sebabnya cermin sisi lebih kecil daripada cermin depan kereta, kerana kita boleh sesekali lihat masa lalu sebagai pelajaran berharga. Namun, kita harus fokus pada masa depan.
Maka, tertawakanlah dan maafkan kesalahan diri. Segera bangun dan berlarilah! Berlarilah untuk meraih masa depan yang lebih baik. Allahu Akbar!
Sumber: http://akuislam.com/blog
No comments:
Post a Comment