Sunday, December 30, 2012

Ketawalah dengan kesalahan sendiri


laugh by glamz (devianart)
laugh by glamz (devianart)
Pernahkah kita mengalami hari yang malang? Apa yang terjadi sama sekali berbeza jauh dengan yang kita rencanakan. Kita sudah sangat hati-hati menyiapkan presentation yang sempurna hingga larut malam. Tapi oleh kerana kita terlambat bangun, laptop rosak, tiada elektrik. Kita terlewat masuk kuliah atau pejabat. Tersilap masuk dewan kuliah yang lain. Bahkan presentation yang dibuat sempurna kita tertinggal di rumah. Dapat marah pula dari bos / pensyarah. Perfect day for crying.
Apa yang kita akan lakukan pada akhirnya? Menangis? Marah? Memberontak? Pasti. Dah tu apa yang akan terjadi seterusnya? Selain daripada kita akan merasa menjadi makhluk paling menderita di dunia. Tidak ada yang peduli dengan kita. Lonely
Kalau mahu marah, boleh. Mahu menangis, boleh. Mahu memberontak juga, boleh. Tapi tidak boleh lama-lama ye. Segeralah berwudhu dan perbanyak istighfar. Senyum dan tertawalah.
Gilakah? Tidak! saya hanya ingin mengajak untuk berbahagia. Hiburlah hatimu yang terluka, bahagiakan ketika hatimu sedang sedih. Kalau bukan Allah dan dirimu sendiri yang membuatmu bahagia, siapa lagi? Allah tidak akan menguji kita di luar kesanggupan kita (QS 2: 286) dan Allah bersama orang-orang yang sabar.
Tertawalah dan maafkan kesalahan diri sendiri. Hidup kita seperti buku. Jika halaman-halaman yang di depan sudah ada coretan yang tidak baik maka kita masih punya banyak halaman di belakang yang masih putih. Masa depan kita masih suci, bersih. Jadi, jangan tunda kebahagiaan kita di masa depan hanya kerana kesalahan kita di masa lalu.
Itu sebabnya cermin sisi lebih kecil daripada cermin depan kereta, kerana kita boleh sesekali lihat masa lalu sebagai pelajaran berharga. Namun, kita harus fokus pada masa depan.
Maka, tertawakanlah dan maafkan kesalahan diri. Segera bangun dan berlarilah! Berlarilah untuk meraih masa depan yang lebih baik. Allahu Akbar!

Sumber: http://akuislam.com/blog

Bila Kurang Kacak & Kurang Cantik, Maka Akan Selalu Disisihkan


Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Tujuan saya menulis artikel ini hanya  perkongsian dengan pembaca bukan bermaksud tidak berpuas hati dengan ciptaan Allah SWT tetapi hanya peringatan untuk diri sendiri.
Sudah lumrah manusia, seseorang yang kacak dan cantik akan selalu diutamakan. Kita boleh lihat disekolah atau dimana-mana tempat sahaja. Walaupun seseorang yang kacak dan cantik itu bukan seorang yang berilmu, tetapi kekacakan dan kecantikan sudah dapat menarik perhatian orang.
beauty
Vast Differences by ~loveforRuka (devianart)
Bagaimana mereka yang kurang kacak dan kurang cantik? Maaf saya katakan. Mereka selaludisisihkan! Mereka tidak akan mendapat layanan seperti mereka yang kacak dan cantik.
Sekali lagi, ini lumrah manusia. Mereka yang kurang kacak dan cantik ini akan rasa sangat tersisih. Bukan tidak bersyukur, tetapi kecewa dengan sikap manusia yang hanya ”pandang” orang-orang yang kacak dan cantik.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”
Riwayat Muslim
Sebagai seorang yang kurang kacak dan cantik, perlukah kita mengeluh? Tepuk dada tanya Iman. Bersabar dan bersyukurlah apabila menerima ujian ini.
Fiman Allah:
“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (QS al-Baqarah : 177)
Biarlah kita tidak dipandang manusia, asalkan kita dipandang Allah. Ingatlah, setiap kekurangan pasti ada kelebihan dan setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Alhamdulillah. Kekurangan ini ada pada diri saya dan saya sangat bersyukur kerana kekurangan ini menyebabkan saya tidak pernah ”bercouple” sebelum nikah yang akan mendekatkan diri kepada zina.
Besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya.
Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan.
Bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. Kebaikan mahupun keburukan. Teruskan senyum :)
Sumber : http://akuislam.com/blog/

Tuesday, November 27, 2012

Sumpah Ariel Sharon Terhadap Rakyat Palestin

"Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan..."


Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.


Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel.


“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).


Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa.


Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita semua membantu segenap warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana akibat sumpah kerakusan Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak Palestin di negara kiblat pertama itu.


Bantuan boleh kita berikan dengan doa yang khusyuk kepada ALLAH, meminta kepada-NYA agar saudara kita diberi kekuatan hati dan sentiasa dalam lindungan-NYA; memberi sumbangan berupa wang dan sokongan moral serta sumbangan lain yang mereka perlukan.


Mari kita kikis sifat acuh kita agar peduli kepada saudara-saudara kita di Palestin. Ketika ini, kita mungkin asyik duduk di ruang berhawa dingin, menonton rancangan TV kegemaran dan bergurau senda dengan keluarga.


Sementara di Gaza, mereka berteduh di rumah bocor atap dan dindingnya; meratap di katil hospital menanggung sakit, berjaga-jaga menunggu serangan Israel yang entah bila benar-benar berakhir.


Menyumbanglah. Hulurkanlah derma menerusi Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian, ke akaun Maybank, Sinar Karangkraf, 506164-019988. Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain 03-51013820.


Sebelum ini, sumbangan pertama daripada Yayasan Nur Karangkraf RM50,000 diserahkan kepada Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut bagi membeli ubat-ubatan untuk dihantar ke Gaza.



Saturday, November 24, 2012

Sejauh mana keberkessanan gencatan senjata keatas Irael dan Palestin

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah lame admin x update blog nie. Beberapa hari yang lepas, dunia telah digemparkan dengan berita gembira di mana Israel akur dengan gencatan senjata yang telah dikecapi. Beberapa pemimpin atasan Israel kecewa dengan perjanjian gencatan senjata itu. Tetapi persoalannya, sejauh manakah gencatan senjata ini akan terus berkekalan? Adakah Israel benar2 ikhlas dengan perjanjian ini? Persoalan2 inilah menjadi tanda tanya rakyat Palestin dan pemimpin Hamas.

Seperti mana yang berlaku dulu, walaupun gencatan senjata sudah diluluskan, tapi selepas masyarakat dunia leka dengan isu Plaestin ini, Israel mula mengambil peluang mencerobohi hak warga Palestin. Adakah perkara seperti ini akan berlaku lagi? Semuanya jawapan di tangan anda. Admin hanya mampu berdoa agar isu Palestin ini tidak dilupakan sehingga terjadi pencerobohan semula.


Wednesday, November 21, 2012

Perjanjian gencatan senjata Palestin dan Israel



Dalam tempoh 3 jam, setelah tersebarnya berita dalam akhbar Yahudi bertarikh 21/11/2012 mengenai gencatan senjata yang akan dipersetujui, lebih daripada 1000 rakyat Israel mempercayai bahawa perang Hijaratul Sijjil akan berakhir.

"We have failed, and we be defeated, Hamas has won"

Sumber:
Syabakah



Kandungan Perjanjian Gencatan Senjata


Perjanjian gencatan senjata yang telah dipersetujui oleh Israel dan Palestin bermula semalam akan di uji selama 24-72 jam.

Sumber mengatakan bahawa Israel pada mulanya enggan menandatangani kertas perjanjian dan mengumumkan komitmen mereka untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa tandatangan dan perjanjian bertulis.


Syarat melepaskan sekatan keatas Semenanjung Gaza menjadi sebab utama penangguhan pengumuman gencatan senjata sejak 3 hari lalu.

Sumber juga menyebut bahawa kerajaan Palestin bersetuju apabila Presiden Mesir menjadi penjamin supaya perjanjian gencatan senjata ini berlaku.

Mesir berjanji akan membuka sepenuhnya sekatan terhadap Gaza walaupun Israel tidak menandatangani kertas perjanjian tersebut.

Persetujan terhasil apabila Israel bersetuju dengan menjadikan Mesir sebagai orang tengah dengan syarat hentikan penyeludupan senjata.

Isi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui:

A - Israel akan menghentikan semua bentuk permusuhan dan tindakan ketenteraan di Semenanjung Gaza melalui darat, laut dan udara termasuk pencerobohan dan orang-orang yang disasarkan.

B - Puak-puak Palestin untuk menghentikan semua operasi dari Semenanjung Gaza ke arah sebelah Israel, termasuk tembakan roket dan serangan ke atas garis sempadan.

C - Pembukaan sempadan dan memudahkan pergerakan orang dan barangan dan tidak menyekat pergerakan orang atau orang yang disasarkan di kawasan sempadan berkuat kuasa selepas 24 jam berlakunya Perjanjian.

D - Akan membincangkan apa-apa isu-isu lain jika diperlukan.

Mekanisma pelaksanaan perjanjian gencatan senjata:

A - menentukan jam sifar untuk persefahaman gencatan senjata yang ditandatangani berkuat kuasa.

B- Mesir menjadi rujukan dan waranti setiap pihak untuk mematuhi apa yang telah dipersetujui.

C - Komitmen setiap pihak tidak menjalankan apa-apa tindakan yang melanggar perjanjian ini, dan sekiranya terdapat sebarang tindakan yang merujuk kepada perjanjian ini Mesir menjadi rujukan susulan ke atas perjanjian itu.

Sumber:
elfagr news

Keadaan Palestin pada tahun 1900 sebelum di jajah Israel


Beginilah keadaan Palestin  pada tahun 1900 jauh sebelum penjajahan Israel. Dalam gambar-gambar di bawah ini terlihat jelas aktiviti warga Palestin yang normal seperti berniaga, beribadah dll. Selain itu turut kelihatan keadaan warga Palestin yang maju terlihat dari bangunan dan gedung-gedungnya tidak seperti sekarang ini di mana semua itu direnggut oleh kebiadaban Zionis dan sekutunya.








Sekarang ini....



Sumber: http://billyinfo.blogspot.com/2012/11/gambar-keadaan-palestin-pada-tahun-1900.html#ixzz2Cr6pdSNy

Tuesday, November 20, 2012

Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ".





JIKA :

~ Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),
~ Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya
dan
~ Israel dengan Shayetet 13,


Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.



Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.



Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.



Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.



Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.



"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.



Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.



Peraturan " Briged Al-Qassam ".



"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.



Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.



"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.



"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.



Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.



"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.



Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.



Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).



Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.



Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.



Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.



Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.



Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."



Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.



Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri -






Sumber: https://www.facebook.com/minsyam.net?fref=ts

kekejaman Israel tidak mengenal siapa


Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Sebelum admin nk offline tadi, admin terjumpa satu video yang menyayat hati iaitu serangan Israel terhadap Palestin. Video ini telah di sharekan oleh Maher Zain Malaysian Fan Club di facebook. Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatn saudara seIslam kita di sana agar. Terima kasih kepada fan club Maher Zain kerana sharekan info2 yang berguna.

Kenapa Banyak Alasan untuk boikot Mcd???




Apabila McD mengeluarkan kenyataan tidak ada kaitan dengan Israel, malah menawarkan menu percuma untuk mengambil hati umat Islam di Malaysia, ketika itulah kita lihat ramainya orang-orang yang tidak bersetuju dengan kempen boikot muncul keluar berbondong-bondong.
Nah, sekarang kita nampak dengan jelas bukti nyata kenapa McD sampai hari ini masih rancak seperti biasa. Kata mereka yang anti-boikot ini:
- Google pun support Israel, boikotlah!
- FB pun sama, boikotlah!
- McD M’sia halal dimakan, kenapa nak haramkan pula, bodoh!
- McD kan dah keluarkan kenyataan tidak ada kaitan tu, percayalah sangat berita Aqsa Syarif tu. Mengarut dan tak ada bukti pun!
- Boikot macam ini takkan menolong apa-apa pun lah! Lebih baik derma dari boikot!
- Israel tak terjejas pun dengan boikot McD!
Kelakar juga, bila McD ini macam makanan rutin pula ya sampai golongan anti-boikot ini defend bersungguh-sungguh. Malah siap maki hamun lagi yang lancarkan kempen boikot.
Sayangnya pada McD begitu menebal sekali. Begitu kasih sekali. Oh penangan cinta McD buat penggemarnya ketagih! Takjub sekali.
Saya belek-belek buku lama Fatwa-Fatwa Kontemporari Syeikh Yusof al-Qaradawi, dalam buku itu menyebut:
“Mahatma Gandhi adalah antara yang terkenal pernah lancarkan boikot barangan Inggeris untuk menuntut kemerdekaan tanahairnya, pengaruh boikot ini sangat besar dalam membebaskan India dari kekuasaan penjajah ketika itu.
1. Boikot satu-satunya senjata yg ada di tangan rakyat marhaen. Pemerintah tidak mampu memaksa penduduk utk membeli produk dari sumber tertentu. Maka, hendaklah kita menggunakan senjata boikot ini utk menghadapi musuh umat Islam. Sehingga mereka merasa bahawa umat ini masih hidup dan belum mati, serta dengan izin Allah tidak akan binasa.
2. Dlm boikot, ada tujuan lain selain ekonomi. Gerakan ini merupakan pendidikan bagi umat Islam untuk membebaskan diri dari perhambaan terhadap selera org lain, yg mengajar untuk terlalu bergantung pada sesuatu yg tidak bermanfaat dan mengandungi bahaya. ( maksudnya: jgn terlalu bergantung pada produk mereka )
3. Boikot juga sebagai suatu aksi persaudaraan dan penyatuan umat Islam. Kita tidak akan mengkhianati saudara-saudara kita yg menjadi korban setiap hari dengan beri keuntungan pada musuh.
4. Boikot adalah suatu perlawanan pasif yang mendukung perlawanan aktif yg sedang dilakukan oleh saudara-saudara kita di tana para nabi dan bumi jihad, Palestin.”
Ada kata-kata yg menarik dari beliau:
“Jika org2 Yahudi anggap diri mereka sbg tentera yg mendukung negara Israel dgn seluruh kemampuan mereka, maka seluruh umat Islam seluruh dunia juga merupakan tentera untuk bebaskan Masjidil Aqsa dan bantu Palestine dengan seluruh jiwa dan raga!”
So, fikirlah sendiri. Jangan perlekehkan usaha yang dianggap remeh temeh. Jangan sampai Allah ‘boikot’ mereka yang anti sangat ini sudahlah. Bersyukurlah ada segelintir yang masih berusaha bersungguh-sungguh dengan boikot, dengan derma, dgn bantuan kemanusiaan, doa, perang saraf pemikiran dalam tulisan, dan apa saja usaha dari sekecil2 usaha hinggalah sebesar2nya yakni jihad dengan angkat senjata.

- Syabab Musafir Kasih






dari: http://akuislam.com/blog/renungan/kenapa-banyak-alasan-mcd/#ixzz2Cm65UU38

Sajak Buat Saudara Islam kita di Palestin


Sajak Yang Dicipta Khas Untuk Saudara2 Islam di Gaza:


Maafkan aku.. saudaraku..
Ketika kau susah, aku tiada di sisimu..
Ketika kau kebuntuan, aku tiada memberi cadangan..
Ketika kau terluka, aku tidak mampu merawatnya..
Ketika kau bersedih, aku tidak mampu menghapusnya..

Maafkan aku..
Kerana aku tidak mampu hentikannya..
Kerana aku tidak mampu menghalangnya..
Kerana aku tidak mampu melawannya..
Kerana aku tidak mampu menghapus segala derita..

Percayalah saudaraku..
Walau kita tidak pernah bersua..
Walau kita tidak pernah berbicara..
Doaku tidak pernah putus untukmu..
Kasihku masih kekal milikmu..

Percayalah saudaraku..
Tuhan masih bersamamu..
Ini cuma dugaan untuk imanmu..
Kuatkanlah semangatmu..
Cekalkanlah hatimu..

Saudaraku..
Walau kau hilang anakmu..
Jangan kau lupa Tuhan yang satu..
Janji Tuhan itu pasti untukmu..
Kerana Syurga itu tempat terbaik untuk bayimu..

Al-Fatihah :'(

Hasil Nukilan: Are Mier (https://www.facebook.com/are.meir.7?fref=ts)


Kenapa perlu boikot McD sahaja????



Ramai yang masih mempersoalkan kenapa kita hanya memfokuskan untuk boikot mcDonald’s. Berikut adalah pencerahan dari Dr. Hafidzi Mohd Nor. Mohon buka telinga, buka mata dan buka hati luas – luas kenapa pentingnya kempen boikot ini. huhu..

“Boycott adalah satu ‘peperangan’. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami ‘cawangan tempatan’ dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan.
Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.
Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah ‘yang masuk akal’ untuk menggagalkan strategi boikot” -  Aqsa Syarif



Sumber: http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/kenapa-boikot-mcd-sahaja-penjelasan-dr-hafidzi-mohd-nor/#ixzz2ClvsVLdK

Monday, November 19, 2012

Iklan Syaitan (bohong)


Iklan yang harus di paparkan di Malaysia...

Doa Syaikh Muhammad pada 1422H

Sebagai perkongsian bersama...

Palestin & air mata







Israel IS REAL terrorism





Tanah Palestin yang di jajah oleh yahudi Israel

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan pembaca sekalian, Sudah beberapa hari admin tidak mengupdate blog ini. Kebelakangan ini admin agak sibuk sedikit dengan kerja. Semenjak dari Awal Muharam sehinggalah sekarang, di media elektronik dan media cetak sering terpaparnye cerita mengenai sereangan Israel terhadap Palestin. Setiap hari pasti ada rakyat Palestin yang tercedera dan di bunuh. Mengalir air mata admin apabila melihat gambar-gambar Palestini ini. Sungguh sayu hati ini, sehingga hati kecil admin berbunyi sejauh mana kita umat Islam membantu rakyat Palestin dalam keadaan macam ini??

Kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman

Srikandi yang sanggup berjihad demi Agama Islam & Negara

Malaysia di beri penghormatan di Palestin

Perarakan Free for GAZA


Ramai rakan-rakan seagama kita telah pun memboikot produk-produk yang berkaitan dengan Israel. Akan tetapi Israel masih tidak gentar. Admin teringatkan kata seorang pensyarah admin sewaktu kami belajar Islam & Ideologi satu ketika dulu. Orang yahudi Israel ini bukanlah orang yahudi yang sebenar dan mereka tidak gentar dengan boikot atau apa2 ancaman mental. Mereka hanya gentar saat umat Islam di seluruh dunia bangkit melawan kuasa mereka. InsyaAllah Islam pasti dapat menebus tanah Palestin itu suatu hari nanti. Pada post akan datang admin akan membongkarkan agenda Israel yang sebenar dan perancangan-perancangan yang begitu teliti.

Orang awam yang menjadi mangsa kekejaman

Ya Allah berilah kemenangan kepada mereka

Kematian bertambah


Lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman


Rintihan orang Awam


Sayu hati melihat anak kecil ini menderita kesakitan
Kepada rakan2 yang beragama Islam marilah kita sama2 mendoakan agar Tentera Israel Laknatullah itu tumpas dan Palestin akan merdeka pada satu hari nanti. Amin...