Setelah sekian lama PDP menyepikan diri. Kali ini PDP ingin membincangkan satu masalah yang PDP rasa perlu di ambil perhatian setiap penjawat awam serta individu yang teah di amanahkan untuk menjaga kebajikan rakyat. PDP agak kecewa perlaksanaan tugas beberapa orang individu yang telah memegang jawatan tertentu. Baru-baru ini, pembahagian wang ehsan untuk mangsa banjir di Negeri Johor telah di agihkan. Beberapa individu serta penjawat awam telah di amanahkan untuk mengagihkan wang ehsan tersebut. Bagi mangsa banjir, mereka amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan wang ehsan tersebut bagi meringankan beban mereka.
Bagi masalah yang PDP ingin bincangkan ini, telah berlaku di salah sebuah daerah di negeri Johor yang terjejas teruk akaibat banjir pada bulan yang lalu. Kejadian ini berlaku di hadapan mata PDP sendiri dan PDP terasa sungguh kecewa dengan tindakan individu-individu tersebut. Kisahnya berlaku sewaktu sepupu PDP ingin menuntut wang ehsan yang telah di janjikan untuk di agihkan kepada semua mangsa banjir. Sewaktu pengisian borang tuntutan tersebut beliau telah mengisi borang keterengan dengan menulis nama suami beliau. Hal ini terjadi kerana borang tersebut meminta untuk menulis nama ketua keluarga. Sewaktu pemberian wang tersebut nama yang tersenarai pada hari Ahad lepas tercatat nama suami beliau. Maka secara automatiknya beliau tidak dapat untuk menentut wang tersebut. Pada hari yang sama, salah seorang petugas daripada PBT telah memberikan borang wakil untuk beliau mengisi borang tersebut dan mengatakan beliau adalah wakil daripada suami beliau. Selepas beliau mengisi borang tersebut, beliau menyerahkan borang itu kembali kepada petugas tersebut. Tanpa pemeriksaan oleh petugas tersebut, borang tersebut tidak di sahkan oleh ketua kampung atau penghulu.
Pada keesokan harinya (semalam), beliau telah pergi semula ke pejabat daerah untuk tuntutan wang bagi yang mewakilkan seawal 10.30 pagi. Beliau beranggapan sekiranya beliau pergi hari ini mungkin wang tersebut boleh di dapati. Hal ini di sebabkan beliau sudah mengisi borang wakil pada hari semalam. Setibanya di Pejabat Daerah, beliau amat terkejut kerana borang yang telah di isi semalam belum ada di kaunter pendaftaran tuntutan. Hampir 2 jam beliau menunggu, tetapi borang tersebut tidak dapat di perolehi. Alasan yang diberikan pada petugas kaunter tersebut langsung tidak munasabah. Petugas tersebut memberitahu tidak mengetahui ke mana petugas semalam meletakkan fail borang tersebut. Sepupu PDP pun pulang dengan keadaan kecewa. Di sebelah petang beliau menelefon kembali bertanyakan kepada petugas di kaunter sama ada borang tersebut telah di perolehi atau belum. Petugas tersebut mengatakan borang tersebut telah ada.
Pada sebelah petang, PDP menemani beliau untuk mengambil wang tersebut. Setibe di kaunter PDP ingat beliau sudah boleh mendaftar dan mendapatkan wang dengan segera. Akan tetapi andaian PDP meleset. Menurut petugas kaunter tersebut, borang tersebut perlu di sahkan oleh ketua kampung, penghulu atau ketua masyarakat. Sepupu PDP terkejutlah dengan permintaan tersebut. Beliau tidak di beritahu langsung mengenai hal tersebut. Maka kami mula bergerak ke rumah ketua kampung di salah sebuah kampung yang berdekatan dengan rumah sepupu PDP. Selepas tiba di rumah ketua kampung tersebut, tok ketua tidak mahu berjumpa dengan sesiapa. Isterinya memberitahu kami yang mengatakan tok ketua berada di hospital. Kami terasa pelik kerana ke semua kenderaan tok ketua berada di rumah. Apabila bertnyakan mengenai nombor telefon tok ketua, isterinya memberi seribu alasan yang tok ketua tidak membawa telefon dan memarahi dan menghalau kami serta memberitahu jangan ganggu tok ketua lagi. PDP agak hairan dengan sikap dan tindakan ketua kampung serta keluarga. Bagaimana seorang ketua kampung yang telah di amanahkan untuk melaksanankan tugas tidak mahu membantu masyarakat setempat. PDP lagi terkejut, apabila PDP mendapat laporan mengenai perangai tok ketua tersebut mengelak untuk mengikuti kursus anjuran Biro Tata Negara. Apa nak jadilah dengan perangai tok ketua tersebut? Sekiranya sikap sebigini terbit di setiap hati pemimpin negara, maka transformasi yang sering di tekankan oleh Yg Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia tidak akan tercapai.
Berbalik kepada masalah yang timbul tadi. Selepas pulang dari rumah tok ketua yang ‘kurang di ajar’ itu, kami pergi ke pejabat perhubungan UMNO untuk meminta pertolongan sama ada mereka ada menyimpan numbur mana-mana ketua kampung yang boleh kami hubungi. Akan tetapi amat malang bagi kami sekali lagi, pekerja di pejabat tersebut memberitahu yang mereka tiada rekod. Kami terus ke pejabat Adun yang berdekatan di bandar iaitu di pejabat perhubungan MCA. Di sana, kami telah mendapat layanan yang baik berbanding berjumpa dengan kaum sendiri. Secara kebetulan Yang Berhormat Adun ada di pejabatnya, maka YB tersebut telah mengeluarkan rekod ketua masyarakat yang bedekatan dengan tempat tinggal sepupu PDP. Selapas mendapat numbur ketua masyarakat tersebut, kami terus menghubungi beliau dan beliau dengan senang hati membantu tanpa banyak bicara. Berbanding dengan ketua kampung, kami terasa amat terhina sehingga mereka melakukan perkara tersebut. Akhirnya tuntutan wang ehsan itu dapat juga di ambil pada hari semalam sebelum jam 5.00 petang di mana kaunter tuntutan di tutup.
Akhir kata daripada PDP, sekiranya pembaca yang membaca artikel ini mendapat apa-apa jawatan sekali pun janganlah bersikap bongkak dan ingatlah amanah yang di pertanggungjawabkan oleh kita di muka bumi ini akan di soal di Akhirat nanti. Bagi ketua kampung yang ‘ Kurang di Ajar’ itu, bertaubat dan ingatlah jawatan yang di pegang itu hanya sementara sahaja. Kepada pihak yang bertanggungjawab, tolonglah memantau semua ketua kampung, penghulu dan ketua masyarakat agaar rakyat setempat dapat di bantu. Semoga dengan catatan ini dapat membantu serba sedikit dalam transformasi di dalam sistem pentadbiran dan kabajikan. Sekian salam hormat dan salam 1 Malaysia daipada PDP (Persoalan Demi Persoalan).
*** Gambar yang di paparkan hanyalah untuk hiasan semata-mata.
truk btul ketua kampung tu... makan duit haram jer... tak wat kerja... tak amanah
ReplyDelete