Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Kembali



Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih di panjangkan umur untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Semoga kita dapat menjalani Ibadah Puasa ini dengan sempurna. Sudah lama jari jemari ini tidak bergerak laju menaip di papan kekunci untuk dijadikan sebuah coretan dan di pertontonkan untuk bacaan org ramai. Admin agak sibuk kebelakangan ini sehinggakan terlepas pandang untuk update blog ini. Banyak halangan dan cabaran yang di tempuhi oleh admin sehinggakan admin rasa tidak mahu hidup lagi. Akan tetapi atas dorongan sahabat2 dan ahli keluarga admin gagahi dan menuruskan kehidupan seperti biasa. 




Di sini admin mahu mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia dan berharap ini adalah Ramadhan yang terbaik untuk seluruh umat. InsyaAllah jikalau ada umur yang panjang admin akan update coretan baru untuk santapan mata pembaca. Semoga pembca semue dapat menambahkan amal di bulan yang penuh barakah ini. 


Salam Ramadhan daripada admin.

No comments:

Post a Comment