Untuk renungan dan iktibar bersama…………
Mungkin di kalangan kita pernah
bertembung dengan org ini
inilah picture yang admin perolehi daripada penulis asal cerita ini. |
Setelah pasang niat moga diberi kesempatan untuk membantu saudara ni sekadar yg mampu, I searched for him on my way out but couldn't find. Surprisingly he was near my car (on the other side of the drive thru lane) when I wanted to go home.
Kami berbual ringan, sambil diri ini terkial2 meletakkan anaqi di car seat, dan makanan tak habis McD di kaki seat. Dia terkejut sy boleh ckp kelantan, biarpun sy bukan dari kelantan. Keropok RM20/packet, kalau beli dua RM35 katanya. Sementara sy membuka purse nak keluarkan RM35, saudara ni sempat memberi nasihat, yg 'anak itu harto Allah bagi kat kito, keno jago memolek'. Dia mintak maaf bukan niat nak beri ceramah, sy kata tak perlu minta maaf, kita kena saling mengingatkan. Sy tanya abang ada anak? Anaknya 3 org di kampung. Dia merantau mencari rezeki.
Bila sy bgtau sy nk beli 2 paket, dia tunduk mencari2, sy perasan bajunya dah byk bertampal2. Kain jubahnya lusuh sekali. Maaf ckp, kalau dirumah sy dah jadi kain buruk. Hati ni tersentuh sgt2. Tetiba teringat Rasulullah saw, dan para sahabah. Agaknya mcm ni lah pakaian mereka (Sayidina Umar diriwayatkan ada 14 tampalan di bajunya). Sy melihat dlm purse, ada duit RM50 sekeping. Sy beri padanya, dan bila dia nak bagi balance sy kata 'tak po lah abe, sedeqah sayo untuk anok2 abe.'
Dia terduduk. Terus sebak teresak2. Sy tergamam. Passerby started staring. Dalam sedu dia kata 'timo kasihlah dik. susohnyo nok cari rezeki untuk anok2...make minum pun tak tentu'...sebak sendunya makin kuat...Allah sj yg tahu apa yg dia rasa. Berejam di tgh panas, minta belas org2 berada yg duduk dlm kereta aircond, tak sorang pun sudi membantu. Bukan minta sedekah, dia ikhtiar sekadar kemampuan dia.
Sy cuba beri seidikit peringatan buat dia dan diri sy.
'Jange sedih abe. Kito ado Allah, tak po lah kito miskin didunio pong, yg penting akhirat kito kayo. Biarlah kok oghre nok kato lagu mano pong, asalke Allah tok hino kito...sabar deh...Allah ado...cukuplah Allah buat kita abe...HasbiaAllah'
Dia masih sebak, sy tak tahan terus masuk kereta dan menangis sepuas2nya dlm kereta.
Kepada semua pembaca yang membaca kisah ini, hargailah pengorbanana ibu bapa kita selama ini. Tanpa mereka, siapalah kita diri ini sekarang. Dengan titik peluh merekalah kita membesar. Biar semiskin, sehina ataupun sejahat mana pun ibu bapa kita, dia tetap ibu bapa yang membesarkan kita hingga sekarang. Bagi mereka yang sudah kehilangan Mereka, marilah kita kirimkan doa untuk kesejahteraan mereka di sana. Doa anak-anak yang soleh dpt meringankan beban mereka. Amin....
Gambar hiasan sahaja |
No comments:
Post a Comment