Monday, November 12, 2012

cinta dan air mata

Air mata yang menunjukkan cinta yang luhur...
Assalamaualaikum dan salam sejahtera. Admin masih belum tidor walaupun jam sudah menunjukkan jam 12.21 am. Admin tertarik dgn salah satu penulisan seorang blogger yang meluahkan isi hatinya. Admin tersentak seketika kerana begitu sucinya cinta beliau kepada kekasihnya. Alhamdulillah, semoga blogger tersebut akan kekal dgn pasangannye. Admin terasa sayu bile beliau berkata, "aku x  nk die g dlu dari aku sbb aku takut aku x blh nk hadapi semu ne dgn tabah aku x thu mase 2 mcm mne" ..... Rase tersentuh dalam lubuk hati kecil ini sehingga menitis air mata admin. Admin harap mereka berdua akan hidup bersama dengan bahagia... Amin...

bagaikan air mata admin yang mengalir
Itulah bukti cinta manusia kepada manusia. Begitu sucinya cinta itu sehinggakan menitiskan air mata pembaca  sekalian. Di harapkan begitulah jua akan terjadi sekiranya kita melafaskan cinta yang luhur itu kepada Illahi. Cinta itu suci seperti kain putih, kitalah yang perlu mencorakkan semoga lahirnya cinta yang abadi dan berkekalan, iaitu Cinta kepada Allah. 




Di malam yang sunyi ini marilah kita berdoa kepada Illahi semoga cinta kita kepadaNya berkekalan dan cinta kita kepada manusia yang kita sayang diberkati dan dilindungiNya.... Amin... 

Cinta kepada Allah yang hakiki...

No comments:

Post a Comment