Monday, November 12, 2012

Perjalanan sebuah kehidupan

Perjalanan yang perlu kita tempuhi

Setiap insan di muka bumi Allah ini pasti mempunyai perjalanan kehidupan yang berbeza-beza. Ada yang mengharungi perjalanan kehidupan ini dengan penuh kemanisan akan tetapi akhirnya mereka mendapat musibah, dan ada juga mereka yang melalui kehiduapan ini dengan onak duri dan cabaran akan tetapi berakhir dengan kebahagian. Apa pun yang berlaku jalan-jalan inilah yang kita pilih dalam kehidupan dan pilihan inilah yang menentukan ke mana destinasi kita pada masa akan datang. 
Adakala perjalanan kita di rahmati

Bagi yang muda perjalanan kehiduapan masih panjang lagi. Setelah kita mencapai umur baligh sejak itulah kita memilih jalan kita sendiri. Itulah permulaan perjalanan seorang insan yang sebelum ini dosanya di tanggung oleh Ibubapa mereka sendiri. Ini semua lumrah kehiduapan setiap insan. 
Semoga perjalan kita akan terus di lindungi oleh Allah
Apa-apa pun, jalan kehidupan itu kita yang pilih. Allah telah meletakkan perjalanan untuk umatNya yang terbaik. Kita sahaja yang perlu memilih jalan tersebut, sama ada ke jalan yang betul atau ke jalan yang salah. Semoga hidup kita diberkati olehNya. Amin...

No comments:

Post a Comment