Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Salam Maal Hijrah 1434H

Alhamdulillah tadi admin sempat membaca doa awal dan akhir tahun di pejabat admin. Walaupun sibuk melakukakn kerja, admin masih berpeluang membaca doa penutup dan pembuka bagi tahun Hijrah ini. Admin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan pejabat admin yang telah mengadakan aktiviti membaca doa awal dan akhir tahun di pejabat secara berjemaah kecil-kecilan petang tadi. 

Mesti rakan-rakan pembaca sempat berdoakan tadi. Semoga doa kita diterima dan di makbulkan olehNya, InsyaAllah. Apa azam tahun baru anda semua tahun ini? Azam admin pada tahun ini untuk mendapatkan kerja yang lebih baik dan memperbanyakkan amal untuk masa akan datang.Marilah kita doa semoga azam dan doa kita tahun ini di makbulkan. Amin.....

Semoge hari-hari yang mendatang akan membawa seribu makna bagi kita. Jadikan peristiwa Hijrah Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai pembina semangat untuk kita terus berjaya. Apa2 yang belaku kita perlu kembali ke pangkal jalan dan bersujud kepadaNya. 

No comments:

Post a Comment